Selasa, 29 September 2009

Syawal Menjengah Lagi..

Syawal tiba lagi. Laungan takbir menggetarkan jiwa kehambaan yang telah mencapai taqwahaqiqi. Tunduk lebur nafsu mengetahui, menyedari dan merasai sendiri; kehebatan & kagungan Tuhan. Kalimah takbir melebur dzulumat yg melingkari khidupn insan. Melerai ikatan & pautannya yang berbisa satupersatu hingga jiwa hamba mncapai rasa merdeka muthmainnah. Duhai Tuhan, berilah kami Iman Dzauqi.
Maha KasihSayang, Maha LemahLembut Dikau Tuhan Yang Tiada Sekutu BagiMu. Segala pujisyukur kami hanya padaMu. Salawat & Salam titipkanlah sentiasa pada KekasihMu Muhammad SAW. Kejernihan hati hamba yang ikhlas sahaja mampu mengesan dan merasai kelembutanNya Al-Hayyul Qayyum.
Takbir berkumandang meluruh & menunduk keangkuhan dzulumat jiwa yang lalai nan fasik. Nur memancar dari suara kehambaan hasil getaran jiwa hamba yg ikhlas. Jiwa yang telah mencapai maqomat taqwa yg haq. Tergapaikah keTaqwaan dalam jiwamu, jiwakita degan RamadhanMubarok yang telah datang & berlalu pergi? Renungilah dalam diri sejujurnya, wujudkan rasa khauf & roja' yang mendalam sebagai tanda keTaqwaan. Itulah kalam ingatan ImamulGhazali rha.
Jiwa taqwa sempurna ketakutan & harapnya kepada Rabbul izzati. Khauf & roja' limpahan Rabbani dalam hati yang telah suci. Hati yang memancar cahayanya. Adakah terhasil dalam jiwamu semua ini? Tanda2 ketaqwaan dikupas oleh ImamGhazali rha dan diketahui oleh mu. Lalu sekarang apa fikiranMu?
Jiwa ini hasil didikan asuhan murabbi mursyid yg haq. Mereka yg telah melalui perit jerih kepayahan mujahadah & istiqomah pd jln kehambaan ini. Kekayaan mereka adalah cahayaqalbi. Cahaya mereka melimpah ke dalam jiwa insan yang mendamba cinta Ilahi. Ramadhan membuka tabir kasihnya kepada pencinta Tuhan. Tuhan Yg Maha LemahLembut mnyingkap hijap ma'rifat menujuNya.
AllahuAkhbar, syawal menjengahkan fajarnya menyaksikn jiwa hamba-hamba yang mencapai ma'rifat bergembira dengan anugerah yg haqq. Bergembiralah mereka yang beroleh maqomat taqwa, mahabbah & syukur. Laungan takbir menyatakan CintaRindu tiada kesudahan padaNya.
DoaMunajat kami Duhai Tuhan Yg Menghidup & Menjadikan. tambahilah syukur kami, cintarindu kami padaMu. Moga kami yg hina ini Dikau ampuni & kasihi. Tambahilah segala kebaikan beriringan degan peningkatan maqomat nafsu kami. Kami sedang menuju redhoMu. Pertautkan hatikami dalam mahabbah & syukur berterusan. HidupMatikan kami dengan ruh bukan sekadar semangat mahbbah semata-mata, Ya Allah.
Amiin Ya Rabbil 'Alamin.

CatitanAbiAzman

0 comments:

Catat Ulasan