Jumaat, 6 November 2009

PandangSebelahMata II



BismiLlah walhamduliLlah, Allahumma Solli a'la Muhammad wa a'la alihi…

Sesungguhnya merenungi kejadian ciptaanNya memerlukan kita memandang, berfikir dan membuat kesimpulan beroleh faham tentang kebesaran, keagungan dan kehebatanNya. Dia Yang Maha Mencipta menjadikan segala isi alam dengan penuh kesempurnaan. Menceritakan kesempurnaanNya.

Namun tiada kita sedari kesempurnaan itu sekadar dipandang sebelah mata. Memandang dzahir tanpa meneliti yang batin. Dzahir kelihatan jelas, namun semakin menjarak keranan tiada kita dapat memerhati kebersamaan dan kehampiranNya. Maka pandanglah sebelah lagi. Pandangan batin. Gabungkan dzahir dan batin. Pandangan Dzahir berjarak, pandangan batin semakin dekat dan menyatu.

Kita hanya memandang dzahir, dari itu diri terhijab dari memandang hakikat. Sebenarnya segala ini adalah dari Dia. Dzahir dilihat tetapi batin tidak dapat dirasai. Maka tetap melihat wujud diri melingkari kehidupan. Siapa yang hanya terpandang dzahir amarah mereka teransang. Mereka mudah marah, benci, dengki, sombong, bermacam lagi sakit hati.

Golongan muwahid mereka memandang yang batin sehingga merasai ketiadaan diri. Dzahir tetap ada, tapi bergantung kepada Dia. Maka mereka merasai kelemahan diri, pergantungan kepada Dia. Segala perlakuannya telah lebur kesombongan dan kepunyaan kerana dilihat tiada lain hanya nyata dari Dia.

Golongan mulhid pula memandang diri menjadi Dia. Terpesong mereka dari yang sebenarnya menurut ajaran RasuluLlah saw. Memikirkan kesempurnaan Tuhan. Mana mungkin hamba naik martabatnya menjadi atau hampir bersifat dengan sifat Tuhan. Tak mungkin. Juga mana bisa aqal waras menerima Tuhan turun bersifat seperti makhluq. Maka itu menyatakan kelemahan. Tak mungkin Tuhan itu lemah.

Ayuhlah menjadi golongan yang muwahid mencapai darjat tauhid wujudiyah. Bebas sebenar dari syirik, beroleh ma'rifah sebagai titisan madu Jannatul Ma'wa. Inilah hakikat pandangan matahati/batin Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sebelah dzahir dan sebelah batin. Berhimpun keduanya mendapat pandangan hakiki / sebenar-benarnya.

Ya Tuhan kami, jadikanlah kami ini hambaMu yang benar, ikhlas serta mendapat naungan keampunan dan redhoMu.

Wallahu a'lam.

LuahanRasaOlehAbiAzman

0 comments:

Catat Ulasan