
BismiLlah walhamduliLlah, Allahumma Solli a'la Muhammad wa a'la alihi…
Pandang sebelah mata diri itu dzahir semata.
Pandang sebelah mata jasad itu tiada ruhnya.
Pandang sebelah mata segala-galanya hanya di dunia, akhirat tiada.
Dengan sebelah mata syaitan itu adalah makhluk tersendiri.
Dengan sebelah mata Dajjal itu disangka kelompok manusia atau pemikiran sahaja.
Dengan sebelah mata kezaliman terus berleluasa.
Sebelah mata syariat sahaja, tauhid sahaja, tasawwuf dibiar sahaja.
Sebelah mata da'wah menjadi keras kaku hanya menakuti orang dengan hukum.
Sebelah mata lihat manusia yang lemah jahil pada kedudukan alim lagi wara'.
Jangan, jangan pandang hanya sebelah mata. Pasti kita rugi terpedaya.
Ayuhlah guna dua belah mata. Dzahir ada batin juga ada, jasad ada ruhnya ada, dunia sementara akhiratlah kekal selamanya. Bersedia jangan pada dzahir sahaja, batin jangan dilupa. Hidup ibadah dzahir, batin mengiringi jua. Banyakkan zikrullah menghidupkan batin kita.
Jangan, jangan dengan sebelah mata. Pasti kita terkecewa tiada tersangka.
Ayuhlah guna dua belah mata.
Syaitan itu dikalangan kita jua,siapa seru taja jagapelihara pada kejahatan tiada mahu kebenaran itulah dia.
Dajjal itu hambaNya jua bijak memperdaya, berhati-hati munculnya kerana sekalian nabi mewasiat kepada ummatnya.
Hentikan kezaliman pada diri dan keluarga curahan kasih sayang atas NamaNya semoga kita mendapat rahmatNya.
Jangan, jangan sebelah mata sahaja. Kembalilah beramal atas tauhid syariat dan tasawwuf. Berda'wah menyeru manusia seluruhnya dengan mahabbah menuju cintaNya RasulNya kekasihNya. Kasihanilah saudara kita yang lemah ruhaninya moga kita kelak dikasihiNya. Tiada ramai yang mampu menuruti wara'mu, mujahadahmu, perjalanmu. Fahamilah kelamahan mereka. Doakan kebakan untuk mereka tanpa jemu, kerana itulah bermulanya da'wah cintamu pada sekalian mereka.
Ya Tuhan, Ya Rabb, Ya Dzal Jalali wal Ikram. Tolonglah kami dengan menolong mereka, selamatkanlah kami dengan menyelamatkan mereka, pimpinlah kami dengan memberi pimpinan kepada mereka, tunjukilah kami dengan memberi petunjuk kepada mereka., kasihanilah kami dengan mengasihani mereka, ampunilah kami dengan mengampuni mereka. Amiin Ya Rabbal A'lamin.
LuahanRasaAbiAzman..
0 comments:
Catat Ulasan